Sunday, September 19, 2010

Tools yang diperlukan untuk membuat coklat

1. Moulds coklat
Kat kedai bakery, ada menjual pelbagai bentuk moulds. U all boleh survey & beli mana yang berkenan. Ada murah & ada mahal. Yang murah, mould plastik lembut la.. yang biasa untuk buat jelly baru dalam RM2-RM5. Ada jugak mould dari plastik keras berharga dari RM10-RM30. Yang agak mahal mould diperbuat dari polycarbonate, silicone dan bermagnet.

2. Chocolate Warmer/Food Warmer
Untuk mencairkan coklat, ada 2 cara iaitu menggunakan kaedah double boiler atau chocolate warmer.

Kalau buat kaedah double boiler, maka perlu ada food warmer ni and mangkuk stainless steel. Namun, jika xde food warmer pun xpe, still boleh gunakan periuk yang diisi air panas dan mangkuk stainless steel.

Kalau mampu, bolehla beli chocolate warmer. Kalo tak silap rege dia dalam RM2000++ la kan... lagik senang, ada controller untuk suhu, just pasang jek guna current. ehehehehe

3. Spatula, scrapper, garpu (jika perlu)
Senang cerita, apa saja tools yang ada kat kitchen tu, kluarkan.. semua berguna..

4. Transfer sheet dan Oil Food Colour
Transfer sheet ni guna untuk pindah corak ke atas coklat (untuk decoration). Pewarna tu plak, untuk warnakan coklat putih mengikut warna yang dikehendaki. Pewarna ni hanya boleh guna yang jenis minyak. Jangan guna yang jenis air untuk buat kek tu.. sebab coklat paling pantang dengan air!

p/s : pics tools kendian yek.... studio gambo lom bukak! ehehehe

No comments:

Post a Comment