Sunday, September 19, 2010

Jenis Coklat

Coklat dikelaskan kepada 4 jenis :-

1. Coklat Couverture
Ini merupakan coklat tulen (dihasilkan daripada bahan utama massa koko & lemak koko) dan bermutu tinggi. Harganya agak mahal. Pengendalian yang agak rumit. Cepat menjadi lembik pada suhu bilik.

2. Coklat Compound
Campuran serbuk koko & lemak minyak sawit. Harganya murah sedikit dan mudah ditemui di pasaran. Ia lebih mudah dikendalikan dan berkeadaan stabil pada suhu bilik.

3. Coklat Berperisa
Coklat putih yang diwarna dan berperisa. Terdapat pelbagai pilihan seperti pink untuk strawberi, oren untuk perisa oren dll.

4. Coklat Tanpa Gula (Coklat Diabetik)
Coklat ini bukanlah tiada gula langsung dan tidak manis. Gula tetap ada cuma digantikan dengan gula tiruan yang selamat dan sesuai untuk penyakit diabetes. Agak sukar ditemui di pasaran dan harganya juga mahal.

p/s : gambar2 coklat tu & brand apa yang ada, nantila saya amik komdian yek.. skg ni yg ada semua dah dibuka plastiknya... sori...

No comments:

Post a Comment