Saturday, September 18, 2010

Info Khasiat Coklat

Apa pendapat anda tentang coklat? Manisan? Banyak lemak? Menggemukkan? Boleh merosakkan gigi? So, sebenarnya coklat mempunyai banyak khasiat yang kebanyakkan orang selalu salah anggap dan tak ambil tahu. Faktanya, anda boleh baca sendiri apa yang saya tuliskan di bawah ini (dipetik dari sumber buku "Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer")

a) Makanan Lengkap & Seimbang
Dalam 100gm serbuk koko, ia mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita antaranya 10% lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin A, B, D dan E.

Manakala dalam 100gm coklat pula, ia membekalkan 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin (vitamin B2) dan 11% vitamin A

b) Benteng Kerosakan Gigi
Tannin dan lemak koko bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana ia menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut.

c) Bukan Penyebab Kegemukkan
Coklat bukan penyebab kegemukkan kerana zat di dalam pes koko dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak.

d) Baik Untuk Jantung
Koko kaya dengan antioksidan, di mana ia dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kadar kematian.

e) Mengawal Tekanan Darah
Di dalam coklat pahit (dark chocolate), ia mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan metabolisme badan. Ia juga mengandungi kalium (potasium) yang tinggi untuk membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel.

f) Mengawal Kencing Manis
Antioksidan polifenol dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes.

g) Menghalang Jerawat & Parut
Asid linoleik dalam koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat.

h) Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan
Antioksidan flavanoids membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan akibat serangan radikal bebas seperti sakit jantung, barah dan proses penuaan.

i) Baik Untuk Kulit
34-36% asid oleik di dalam lemak koko boleh bertindak sebagai perapi. 31-35% asid stearik boleh melembapkan kulit. Vitamin E pula bertindak sebagai antioksidan.

No comments:

Post a Comment