Tuesday, April 1, 2014

Projek Kek

Dah bertahun jugak ye tak update blog ni, bukan sebab apa, tapi sihuk ngan keje n projek buat kek
Sekarang ni selepas berguru, banyak gak jenis kek yang boleh buat. Kalau nak tempah kek contactlah ye.

Friday, June 10, 2011

Lamanya tak berbloging

Salam semua,

lamanya mon tak berbloging. bukannya takde masa, bukannya sibuk.. tapi lebih kepada malas n xde mood nak berbloging.

Tahun 2011 ni banyak perubahan yg berlaku dalam perjalanan hidup mon sehingga bulan 6 ni.

boleh kata tahun ni.. terlalu banyak dugaan yg menimpa.
bermula dari awal tahun hingaa lah ke saat ini... Allah saja yg tahu perasaan mon ketika ni.

sekarang ni tinggal lagik 3 hari sebelum bukak sekolah... cuti pun dah nak abis. ada baki 3 ari ni, masa untuk bersantai di rumah saja.... jumpa lagik...

Sunday, September 19, 2010

Tools yang diperlukan untuk membuat coklat

1. Moulds coklat
Kat kedai bakery, ada menjual pelbagai bentuk moulds. U all boleh survey & beli mana yang berkenan. Ada murah & ada mahal. Yang murah, mould plastik lembut la.. yang biasa untuk buat jelly baru dalam RM2-RM5. Ada jugak mould dari plastik keras berharga dari RM10-RM30. Yang agak mahal mould diperbuat dari polycarbonate, silicone dan bermagnet.

2. Chocolate Warmer/Food Warmer
Untuk mencairkan coklat, ada 2 cara iaitu menggunakan kaedah double boiler atau chocolate warmer.

Kalau buat kaedah double boiler, maka perlu ada food warmer ni and mangkuk stainless steel. Namun, jika xde food warmer pun xpe, still boleh gunakan periuk yang diisi air panas dan mangkuk stainless steel.

Kalau mampu, bolehla beli chocolate warmer. Kalo tak silap rege dia dalam RM2000++ la kan... lagik senang, ada controller untuk suhu, just pasang jek guna current. ehehehehe

3. Spatula, scrapper, garpu (jika perlu)
Senang cerita, apa saja tools yang ada kat kitchen tu, kluarkan.. semua berguna..

4. Transfer sheet dan Oil Food Colour
Transfer sheet ni guna untuk pindah corak ke atas coklat (untuk decoration). Pewarna tu plak, untuk warnakan coklat putih mengikut warna yang dikehendaki. Pewarna ni hanya boleh guna yang jenis minyak. Jangan guna yang jenis air untuk buat kek tu.. sebab coklat paling pantang dengan air!

p/s : pics tools kendian yek.... studio gambo lom bukak! ehehehe

Jenis Coklat

Coklat dikelaskan kepada 4 jenis :-

1. Coklat Couverture
Ini merupakan coklat tulen (dihasilkan daripada bahan utama massa koko & lemak koko) dan bermutu tinggi. Harganya agak mahal. Pengendalian yang agak rumit. Cepat menjadi lembik pada suhu bilik.

2. Coklat Compound
Campuran serbuk koko & lemak minyak sawit. Harganya murah sedikit dan mudah ditemui di pasaran. Ia lebih mudah dikendalikan dan berkeadaan stabil pada suhu bilik.

3. Coklat Berperisa
Coklat putih yang diwarna dan berperisa. Terdapat pelbagai pilihan seperti pink untuk strawberi, oren untuk perisa oren dll.

4. Coklat Tanpa Gula (Coklat Diabetik)
Coklat ini bukanlah tiada gula langsung dan tidak manis. Gula tetap ada cuma digantikan dengan gula tiruan yang selamat dan sesuai untuk penyakit diabetes. Agak sukar ditemui di pasaran dan harganya juga mahal.

p/s : gambar2 coklat tu & brand apa yang ada, nantila saya amik komdian yek.. skg ni yg ada semua dah dibuka plastiknya... sori...

Tak kaji & baca... tak tau, betul ke?

Dah baca ke info yang saya tulis semalam berkenaan dengan khasiat coklat?
Well, saya pun macam anda semua, selalu menyalah anggapkan tentang coklat.
But, bila dah baca fakta berkenaan dengan coklat, sebenarnya...ia tidaklah seteruk yang disangka.

Yang menyebabkan kita selalu menyalah anggapkan tentang coklat ni adalah disebabkan oleh kurangnya pembacaan, terlalu mengikut mitos cerita nenek moyang kita dan khabar angin yang disampaikan turun temurun yang belum tentu pastinya dan kadar pengambilan coklat yang terlalu banyak dalam satu hari.

So mulai sekarang, kaji, baca dan fikir-fikirkanlah sebelum membuat sesuatu spekulasi tentang sesuatu perkara... betulkan!

Saturday, September 18, 2010

Info Khasiat Coklat

Apa pendapat anda tentang coklat? Manisan? Banyak lemak? Menggemukkan? Boleh merosakkan gigi? So, sebenarnya coklat mempunyai banyak khasiat yang kebanyakkan orang selalu salah anggap dan tak ambil tahu. Faktanya, anda boleh baca sendiri apa yang saya tuliskan di bawah ini (dipetik dari sumber buku "Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer")

a) Makanan Lengkap & Seimbang
Dalam 100gm serbuk koko, ia mengandungi pelbagai zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita antaranya 10% lemak, 22.4% protein, 46.7% karbohidrat, 2.8% theobromina dan pelbagai vitamin A, B, D dan E.

Manakala dalam 100gm coklat pula, ia membekalkan 18% tenaga, 11% protein, 8% zat besi, 47% kalsium, 19% riboflavin (vitamin B2) dan 11% vitamin A

b) Benteng Kerosakan Gigi
Tannin dan lemak koko bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana ia menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut.

c) Bukan Penyebab Kegemukkan
Coklat bukan penyebab kegemukkan kerana zat di dalam pes koko dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak.

d) Baik Untuk Jantung
Koko kaya dengan antioksidan, di mana ia dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kadar kematian.

e) Mengawal Tekanan Darah
Di dalam coklat pahit (dark chocolate), ia mengandungi flavanoids iaitu sejenis antioksidan yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan metabolisme badan. Ia juga mengandungi kalium (potasium) yang tinggi untuk membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel.

f) Mengawal Kencing Manis
Antioksidan polifenol dalam koko membantu menghalang penyakit kencing manis. Coklat diabetik sesuai untuk penghidap penyakit diabetes.

g) Menghalang Jerawat & Parut
Asid linoleik dalam koko dapat membantu menghalang pertumbuhan jerawat.

h) Mengawal Kerosakan Sel dan Tisu Badan
Antioksidan flavanoids membantu menghalang kerosakan sel dan tisu badan akibat serangan radikal bebas seperti sakit jantung, barah dan proses penuaan.

i) Baik Untuk Kulit
34-36% asid oleik di dalam lemak koko boleh bertindak sebagai perapi. 31-35% asid stearik boleh melembapkan kulit. Vitamin E pula bertindak sebagai antioksidan.

Hello There!

Hi,

I just want to introduce to my new hobby that is making a chocolate! I've dream of this hobby long time ago.. and lastly I've got the chance, learn it from my sifu, maputericoklat in Batu Gajah, 1 month before fasting.

So here are my pics from that class. TQ so much sifu!
with Ja, new friend from Tg Malim

choc praline, made it by myself


cute lollichoc, full of fun with colors


oreo choc, love it!


What is Chocolate?



Chocolate (pronounced /ˈtʃɒklɨt/ or /ˈtʃɒkəlɨt/) comprises a number of raw and processed foods produced from the seed of the tropical Theobroma cacao tree. Cacao has been cultivated for at least three millennia in Mexico, Central and South America, with its earliest documented use around 1100 BC. The majority of the Mesoamerican people made chocolate beverages, including the Aztecs, who made it into a beverage known as xocolātl, a Nahuatl word meaning "bitter water". The seeds of the cacao tree have an intense bitter taste, and must be fermented to develop the flavor.

After fermentation, the beans are dried, then cleaned, and then roasted, and the shell is removed to produce cacao nibs. The nibs are then ground to cocoa mass, pure chocolate in rough form. Because this cocoa mass usually is liquefied then molded with or without other ingredients, it is called chocolate liquor. The liquor also may be processed into two components: cocoa solids and cocoa butter. Unsweetened baking chocolate (bitter chocolate) contains primarily cocoa solids and cocoa butter in varying proportions. Much of the chocolate consumed today is in the form of sweet chocolate, combining cocoa solids, cocoa butter or other fat, and sugar. Milk chocolate is sweet chocolate that additionally contains milk powder or condensed milk. White chocolate contains cocoa butter, sugar, and milk but no cocoa solids.

Cocoa solids contain alkaloids such as theobromine and phenethylamine, which have physiological effects on the body. It has been linked to serotonin levels in the brain. Some research found that chocolate, eaten in moderation, can lower blood pressure.[1] The presence of theobromine renders it toxic to some animals,[2] especially dogs and cats. Chocolate has become one of the most popular food types and flavors in the world. Gifts of chocolate molded into different shapes have become traditional on certain holidays: chocolate bunnies and eggs are popular on Easter, chocolate coins on Hanukkah, Santa Claus and other holiday symbols on Christmas, and chocolate hearts or chocolate in heart-shaped boxes on Valentine's Day. Chocolate is also used in cold and hot beverages, to produce chocolate milk and hot chocolate.

Around three quarters of the world's cacao bean production takes place in West Africa.